Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang sudi tq

MANGGA AD

SUDAH BACA SILA LIKE TQ

Sabtu, Januari 5

Selamat Datang 2013

Assalamualaikum dah lama tak update blog dah banyak perubahan!!!! pening seketika dengan format baru hmmm apa khabar pembaca blog semua harap semua sihat walafiat ye...tahun ini dah masuk 2013 selamat tinggal 2012 sesungguhnya kenangan manis pada tahun 2012 terlalu banyak tahun 2012 paling bermakna kerana tahun itu aku terima nikahnya dan bgelar suami dan tahun itu juga aku dapat beli superbike dan pada tahun ini impian aku nak memiliki sebuah rumah entah tercapai atau tidak aku belum pasti kerana kehadiran cahaya baru membuatkan aku dalam dilema untuk memiliki rumah dengan keadaan ekonomi yang tak bergitu stabil kalau diteruskan juga untuk memiliki rumah mmg ekonomi aku meruncing di parah kritikal aku dah booking dah rumah dengan bayaran deposit rm500 bila lepas booking termenung lak dengan perbelanjaan seharian mampukah aku menempuh atau tersadai di arus yang mencabar aku tak pasti adakah nasib menyebelahi aku ataupn tidak.sekarang penghantaran dokumen perumahan aku tangguhkan sekejap disebabkan ekonomi aku diparah cukup2 makan je nak jual sbk sayang lak tapi itulah pilihan...melabur dalam vgmc pn hancur rm10k alahai terpengaruh dengan member mlabur la kita 10k ingat bln2 dapat 1k tgk2 dah lingkup segala plan musnah dalam sekelip mata nasib tak labur 50k klu tidak tepuk dahi jelah.inilah liku kehidupan dimana kesenangan tidak akan datang dengan mudah ia perlu berusaha.harap tahun 2013 tahun yang bermakna bagi aku aminnnn...

Jumaat, Oktober 14

kerjaya POLIS paling STRESS

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomb...a.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini



Isnin, Oktober 10

hari ini aku datang lagi kesini

Assalamualaikum salam sejahtera pada semua.... hari ini aku datang lagi disini tempat aku meluahkan rasa pahit manis dalam kehidupan ini,,,, pada tahun 2011 banyak sangat halangan-halangan yang menguji kesabaran ku,,, aku termenungg sejenak apa kesalahan aku sehingga ujian bertimpa-timpa menimpa aku seolah-olah rezeki bukan berpihak kepadaku... bermula bulan 6 tahun 2011 aku mula ditimpa dengan pelbagai masalah setelah aku mencuba sedaya upaya aku dalam mencapai impian dalam hidup ini,, insiden yang pertama aku lalui adalah menlibatkan motor honda cbr 150r yang aku sayang selepas kejadian itu aku dimasukkan di wad selama 1 malam dan keesokanya aku keluar dari wad sesudah sampai dirumah aku berfikir apakah ujian ini ada sesuatu sebab dan aku redha diatas kerjadian ini dan tidak sampai 3 minggu aku mengalami insiiden kali ke 2 iaitu menlibatkan motor honda wave 125 milik aku juga,,, aku termenungg sejenak untuk kali ke dua hartta-harta yang aku kumpulkan dengan titik peluh aku sendiri mengalami kerosakkan dan nasib baik aku tidak tercedera teruk... dan untuk kali ke3nya aku mengalami insiden lagi pada  8 10 2011 menlibatkan kereta aku yang baru sahhaja beli pada bulan 6 2011... inilah harta kesayangan aku yang aku usahakan selama ini aku tidak pernah memiliki harta ini semsa aku di zaman sekolah.. keluarga aku bukan orang berada ingat juga zaman sekolah dulu mber2 dah guna motor pergi sekolah tapi aku guna basikal je dan dengan semangat itu aku kerja dan membeli aset2 kegunaan harian sehingga aku memilikii 3 buah kenderaan atas nama aku, 2 buah sudah habis bayar,dan hari ini aku sangat sedih diatas ujian yang tuhan bagi dekat aku apa salah aku sehingga kerjadia-kerjadian seperti ini membuatkan aku rasa sedikit kecewa tapi aku redha di atas ujian ini mukin ada hikmahnya... terima kasih tuhan diatas ujiian ini jika diriimu ya ALLAH ingin tariik balik harta mu dari sisiku aku redha biarlah aku tidak memiliki harta dunia sekiranya itu kehendakmu dan aku berharap agar ada satu sinar bagiku untuk mengantikan semua ini... jika aku bersalah padamuu ya ALLAH maafkan aku sesungguhnya aku lalai dalam kehidupan ini....amennnn                                                         gambar-gambar tragedi kenderaan aku upload disini untuk  jadikan  kenangan dalam kehidupan aku.sekian wasalam.tq

kerjadian insiden pertama bulan 6.2011
kerjadian insiden ke2 bulan 7 2011 aku dilanggar dari belakang
kerjadian ke 3 batang sut lori jatuh ditengah jalan dan aku tak sempat mengelak lalu benda nie masuk bawah kereta aku dan tangki minyak petrol aku pecah,, gambar ditempat kerjadian aku tak sempat ambil sb masa tu tengah blurrr

UTUSAN ONLINE