Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang sudi tq

MANGGA AD

SUDAH BACA SILA LIKE TQ

Rabu, Januari 13

DENGARLAH WANITA


wahai hawa, kenapa engkau tidak menghargai nikmat Islam dan iman itu? kenapa engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya? kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya? dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya? wahai hawa, tangan yang menggoncang buaian bisa menggoncang dunia sedarlah hawa, kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yang solehah kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat setia memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia tapi hawa, jangan sesekali kau menggoncang iman lelaki dengan lembut tuturmu, dengan wajahmu, dengan lenggok tubuhmu jangan engkau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu jangan hawa, jangan sesekali kau cuba menarik perhatian lelaki yang bukan suamimu khuatir ia akan mengundang kemurkaan dan kebencian Allah tetapi memberi kegembiraan kepada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan adam hawa, andaikan engkau belum berkahwin, ingatlah hawa janji tuhan, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik jangan menggadaikan maruahmu semata-mata kerana seorang lelaki jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa lelaki yang soleh tidak memilih wanita yang terdedah auratnya lelaki yang warak tidak memilih wanita melalui keayuan dan kemanjaannya serta kemampuan menggoncang iman mereka tapi hawa, lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya

Khamis, Januari 7

NKRA

Sempena tahun 2010 kerajaan telah meracang inisiatif NKRA (nasional key result areas) yang dipertanggungjawabkan kepada agensi pdrm,iaitu mengurangkan jenayah jalanan seluruh negara sebanyak 20% dan mencegah keseluruhan jenayah indeks sebanyak 5% pada hujung tahun 2010.ini adalah satu misi yang berotensikan "big results fast" yang wajib dicapai tanpa gagal.Diharap rakyat negara ini dapat berkerjasama untuk mencegah jenayah agar NKRA dapat mencapai target.

UTUSAN ONLINE