Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang sudi tq

MANGGA AD

SUDAH BACA SILA LIKE TQ

Jumaat, Oktober 14

kerjaya POLIS paling STRESS

KUALA LUMPUR: Lambakan beban kerja dan kerap mendapat tugasan di luar waktu pejabat atau on call menyebabkan ramai anggota polis mengalami tekanan atau stres, berbanding penjawat awam di sektor lain, iaitu doktor, jururawat, guru serta bomb...a.

Lambakan beban kerja termasuk kerja lebih masa yang perlu mereka lakukan kerana menyertai pelbagai operasi dan serbuan yang kebiasaannya dilakukan di luar waktu pejabat, iaitu antara jam 5 petang sehingga 6 pagi.
Hasil kaji selidik Jabatan Kesihatan Masyarakat Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) juga mendapati responden merasai tekanan apabila dihantar ke sesuatu lokasi untuk mengawal keselamatan dan ketenteraman serta menyertai pasukan pengaman di luar negara atau sering diarahkan bertugas ketika cuti umum, termasuk musim perayaan.
Kajian pada tahun 2007 hingga 2009 itu mendapati 53.7 peratus daripada 453 sampel kajian di enam balai polis di Wilayah Persekutuan, dipercayai mengalami stres di tempat kerja. Angka itu menunjukkan polis berada di kedudukan teratas mengatasi enam organisasi lain, iaitu bomba (47.3 peratus), guru (45.8 peratus), jururawat (42.3 peratus) serta doktor (40.7 peratus).

Hasil kajian juga menunjukkan 61.1 peratus anggota polis berpangkat sarjan ke atas mengalami kadar stres lebih tinggi berbanding anggota pangkat rendah, iaitu koperal dan konstabel dengan peratusan masing-masing 56 peratus dan 51.3 peratus.

Pakar Kriminologi, Datuk Akhbar Satar yang juga penganalisis jenayah, berkata stres yang dihadapi anggota polis berpunca daripada tiga sebab utama, iaitu profesion kepolisan, peraturan atau polisi dalam organisasi serta masalah individu.

Bekerja tanpa ketentuan masa atau 24 jam sehari dengan panggilan on call pada bila-bila masa, selain perlu mengikut arahan pegawai lebih tinggi boleh mengganggu kesihatan dan kehidupan anggota polis. Malah, sesetengah kes yang disiasat seperti kes bunuh atau yang membabitkan golongan berpengaruh ada kalanya memberikan tekanan terutama tahap kerisauan yang harus diterima serta risiko ancaman terhadap diri dan keluarga, katanya.
Akhbar berkata, anggota polis yang mengalami stres boleh menghadapi masalah sakit jiwa berpanjangan dan mengakibatkan banyak perkara tidak diingini berlaku, termasuk pembunuhan sesama rakan atau bunuh diri serta salah guna kuasa sehingga menyebabkan nyawa orang lain terancam.

Malah, dikhuatiri, jika tahap tekanan yang dihadapi begitu kritikal, senjata yang dimiliki digunakan sebagai alat untuk melakukan ugutan atau sebarang aktiviti jenayah termasuk rasuah, katanya.

Namun, katanya, stres dalam kerjaya kepolisan juga boleh berlaku kerana mereka sering dilabel sebagai perasuah dan prasangka negatif masyarakat terhadap mereka.

Sedangkan mereka menjalankan tugas, tetapi tuduhan sesetengah pihak kononnya pasukan polis korup sama sekali tidak berasas kerana jumlah yang terbabit adalah kecil. Di Malaysia, masyarakat jarang memuji polis, sedangkan merekalah yang menjaga keselamatan sehingga kita selesa untuk bergerak ke mana-mana. Jika dibandingkan di Amerika Syarikat, ia tidak sama seperti apa pasukan polis kita nikmati di negara ini



Isnin, Oktober 10

hari ini aku datang lagi kesini

Assalamualaikum salam sejahtera pada semua.... hari ini aku datang lagi disini tempat aku meluahkan rasa pahit manis dalam kehidupan ini,,,, pada tahun 2011 banyak sangat halangan-halangan yang menguji kesabaran ku,,, aku termenungg sejenak apa kesalahan aku sehingga ujian bertimpa-timpa menimpa aku seolah-olah rezeki bukan berpihak kepadaku... bermula bulan 6 tahun 2011 aku mula ditimpa dengan pelbagai masalah setelah aku mencuba sedaya upaya aku dalam mencapai impian dalam hidup ini,, insiden yang pertama aku lalui adalah menlibatkan motor honda cbr 150r yang aku sayang selepas kejadian itu aku dimasukkan di wad selama 1 malam dan keesokanya aku keluar dari wad sesudah sampai dirumah aku berfikir apakah ujian ini ada sesuatu sebab dan aku redha diatas kerjadian ini dan tidak sampai 3 minggu aku mengalami insiiden kali ke 2 iaitu menlibatkan motor honda wave 125 milik aku juga,,, aku termenungg sejenak untuk kali ke dua hartta-harta yang aku kumpulkan dengan titik peluh aku sendiri mengalami kerosakkan dan nasib baik aku tidak tercedera teruk... dan untuk kali ke3nya aku mengalami insiden lagi pada  8 10 2011 menlibatkan kereta aku yang baru sahhaja beli pada bulan 6 2011... inilah harta kesayangan aku yang aku usahakan selama ini aku tidak pernah memiliki harta ini semsa aku di zaman sekolah.. keluarga aku bukan orang berada ingat juga zaman sekolah dulu mber2 dah guna motor pergi sekolah tapi aku guna basikal je dan dengan semangat itu aku kerja dan membeli aset2 kegunaan harian sehingga aku memilikii 3 buah kenderaan atas nama aku, 2 buah sudah habis bayar,dan hari ini aku sangat sedih diatas ujian yang tuhan bagi dekat aku apa salah aku sehingga kerjadia-kerjadian seperti ini membuatkan aku rasa sedikit kecewa tapi aku redha di atas ujian ini mukin ada hikmahnya... terima kasih tuhan diatas ujiian ini jika diriimu ya ALLAH ingin tariik balik harta mu dari sisiku aku redha biarlah aku tidak memiliki harta dunia sekiranya itu kehendakmu dan aku berharap agar ada satu sinar bagiku untuk mengantikan semua ini... jika aku bersalah padamuu ya ALLAH maafkan aku sesungguhnya aku lalai dalam kehidupan ini....amennnn                                                         gambar-gambar tragedi kenderaan aku upload disini untuk  jadikan  kenangan dalam kehidupan aku.sekian wasalam.tq

kerjadian insiden pertama bulan 6.2011
kerjadian insiden ke2 bulan 7 2011 aku dilanggar dari belakang
kerjadian ke 3 batang sut lori jatuh ditengah jalan dan aku tak sempat mengelak lalu benda nie masuk bawah kereta aku dan tangki minyak petrol aku pecah,, gambar ditempat kerjadian aku tak sempat ambil sb masa tu tengah blurrr

Jumaat, Mei 20

pristiwa 13 mei



daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah rusuhan kaum yang berlaku sebagai kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia

::Isu perkauman dalam pilihan raya 1969::

Isu-isu perkauman yang menyentuh emosi dan sentimen menjadi tema utama sepanjang kempen pilihanraya yang telah menaikkan semangat kaum-kaum di Malaysia. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah menimbulkan perasaan perkauman dan syak wasangka.

Parti Perikatan yang dianggotai oleh (UMNO-MCA-MIC) telah mengalami kekalahan yang teruk dalam Pilihan Raya 1969. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969. Parti Perikatan telah kehilangan majoriti dua-pertiga dalam Dewan Rakyat.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.

Sebab terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969 adalah perarakan kemenangan pihak pembangkang. Penyokong-penyokong Parti Gerakan telah mengutuk dan menghina orang-orang Melayu semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.

::Pembangkang meraikan kemenangan::

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya Umum pada 10 Mei 1969.

Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di
Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

::Perarakan kematian Cina::
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.

Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan.
Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang,
Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat

::Rumah Menteri Besar Selangor::

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk.   

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar
dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen
Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar
Kuala Lumpur.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari Melayu, Iban, Cina, India dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan menyebabkan orang Melayu semakin meradang. Ketua Rejimen Renjer dikatakan seorang Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selang

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman itu.

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan
berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal . Sebenarnya mereka mengambil kesempatan daripada keadaan cemas tersebut. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang-terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu sahaja yang telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit di Melaka. Di Betong ada tembakan oleh PKM.Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei


Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969. Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung. Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.
Ada yang menyalahkan Dato' Harun Idris sebagai punca tragedi 13 Mei. Bagi orang Melayu, Dato' Harun Idris adalah penyelamat orang Melayu ketika 13 Mei 1969.


SUMBER: Wikipedia

Khamis, Mei 5

DOA KALBU





dimalam penuh bintang
di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengadu pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..

di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya............

doa kalbu tak bisa aku bendung
deras bak hujan di gunung sahara
hatiku yang gersang........
terasa oleh tenteram...

hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya...

Sabtu, Februari 26

RASUKAN HUTAN TUPAH

gambar contoh
Kisah ini berlaku pada pertengahan 2008 pada platon kami,bermulanya pergerakan pagi kami meredah hutan tupah dalam latihan perang....tiba di lokasi jam menunjukkan puukul 1800 hrs
kami mendirikan khemah berhampiran pokok besar yang aku sendiri rasa ada penuggu poko itu.
tapi aku wat2 tak tahu jelah.memang badan waktu tu penat sangat2 dah mcm komando lak huhu
gambar contoh
setelah siap pasang khemah kami memasak ala2 perang...lepas masak dan makan kami kena hilangkan apa yang berada di atas tanah seperti kesan2 memasak ini salah satu faktor untuk mengelakkan dikesan musuh.setelah selesai hilangkan kesan jejak kami standby dengan meniarap di sekitar khemah takut2 ada musuh datang menyerang waktu tu aku rasa huh mcm gerun ja sb jam dah menunjukkan pukul 1900 hrs binatang2 berbisa berkeliaran di pohon2 kecil aku risau gak masa tu sebab takut terkena gigitan tapi alhamdulilah selamat dari bahaya,jam 2000 hrs kami stand down dan pergerakan kawalan telah di bahagikan kepada 2 bahagia 1.sentri kawasan untuk mengawal pos kami,dan yang lain2 lagi berehat didalam khemah.keadaan didalam hutan memang gelap tiada lampu tiada apa hanya di tangan berbekalkan senjata m-16 dengan 4 kelompak.waktu itu aku bertugas sentri dan membuat rondaan dgn lampu suluh y kecil.semasa aku membuat rondaan salah seorang dari kawan aku telah terkena rasukan,mula-mula aku tak menyendari kawan aku kena rasuk aku halakan lampu aku ke muka dia nak tanya nak pergi mana tengok dia senyap ja mata dia dah berlainan memang gerun la,bila menyedari di telah dirasuk kami nak bawa dia keluar dari hutan itu tiba-tiba dia macam taknak keluar dari tempat perkemahan kami meronta-ronta dan kami seramai 5 orang pegang kuat2 badannya dan menlaungkan azam,kami berjaya mengeluarkannya dari situ untuk proses mengeluarkan mahkluk halus,masa sampai diluar rupa-rupanya dah ada seorang dah yang kena rasuk baru pulih aku pun tidak tahu masa bila ia kena rasuk,,tapi aku perasan dengan dia nie nama dia adam masa nak2 masuk waktu magrib aku dah persan tengok dia berlainan tapi aku wat tak tahu jelah.memang tempat kami berkemah ada 1 pokok besar memang besar.selepas mengubati rakan aku yang ke dua tiba-tiba kecoh di lokasi kami bekhemah seorang lagi terkena rasukan masa tu kami semua diarahkan keluar dari tempat itu dan yang lain semua keluar tanpa mengambil apa-apa barang.setelah yang ke tiga di ubati ada 2,3 orang kembali ke lokasi untuk ambil barang-barang tetapi  ada juga yang kena rasuk,last2 barang semua tinngal disitu,dan yang ke 4 selesai diubati,kami balik ke markas,sesampainya dimarkas rupa-rupanya makhluk halus itu ikut balik dan masih berada dalam 2 badan kawan saya,rakan-rakan kami sedaya upaya mengubati sebelum datangnya ustaz,setengah jam berlalu ustaz datang dan cuba mengeluarkan mahkluk itu tetapi mahluk itu memberi syarat,,, jika nak dia keluar dari tubuh itu dia minta hantar baju,ustaz itu tanya baju siapa dia kata baju aku,bermakna baju yang kena rasuk,ustaz itu tanya lagi baju itu ada di mana dia menjawab baju itu ada dalam tandas dalam baldi.kami pergi ambil baju itu dan hantarkan baju itu ke dalam hutan.barulah mahkluk itu keluar.kemungkinan ini terjadii disebabkan pertembungan antara dua mahkluk yang berbeza.aku dengar cerita yang member aku yang fist yang kena rasu ada bawa pendamping macam saka keturunan...sb itu terjadinya ganguan.yang ajaibnya ramai orang pergi berkhelah disitu tapi tiada apa-apa.itulah lipatan sejarah aku dalam hutan tupah... kenangan yang tak akan di lupakan....

Ahad, Februari 20

AKU DAN MENTARI

Aku dan mentari menlihat wajah alam
bergitu lembut mata menerjah
dalam persona jiwa aku merenung
indahnya ciptaan tuhan
alhamdulilah aku dapat hayati
erti keamanan di negaraku yang tercinta malaysia

aku kadang-kadang berlari mencari erti keindahan
di waktu pagi angin terlalu sejuk
kabus-kabus pagi berlegar di ruang angkasa
tiba mentari muncul menyinari alam

aku bersyukur pada mu tuhan
kerana barakah mu dapat ku hayati
aku merenung sinar pagi yang indah dan damai
aku rindu saat-saat seperti ini
kerana ia bisa melunturkan hatiku......

terima kasih tuhan
terima kasih mentari......

Selasa, Februari 15

TERMENUNG AKU SEKETIKA

Assalamualaikum.....
perjalanan yang kita aturkan berbeza dengan pencaturan tuhan.mungkin kita fikir apa yang baik tidak baik bagi kita dan apa yang buruk baik bagi kita...aku termenung seketika bila terjumpa 1 blog ummu@ibu yang betul2 menyentuh hati seorang anak,,,,berkisar tentang kehidupannya yang penuh tersirat ada luahan yang ingin disampaikan bisa membuatkan aku termenung.....oh dugaan mampukah aku menempuhnya jika sepertinya....

keadaan sifat2 manusia yang lalai,, aku akui memang susah untuk menjadi sempurna kerana hidup ini memang tidak sempurna.
aku pun tidak mampu menjadi yang terbaik walau sentiasa aku fikirkan tentang itu,kerana perubahan diri tidak sekuat iman,mukin alpa tentang dunia yang hanya pewatakan hidup dalam ujian tuhan,pola alam duniawi berbeza dengan akhirat yang di ajar oleh al-quran membuatkan kita tahu erti alam ghaib ada syurga,ada neraka dll.


berginilah kehidupan kadang2 kita rasa susah sgt hidup kita, tapi orang lain lebih susah...
syukur itu penting bagi kita agar perjalanan kita diredhai olehnya....

Isnin, Februari 14

SAY NO TO VALENTINES!!! DAY.


paderi st.valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan ratu isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat islam cordova,sepanyol pada zaman itu.
rasulullah s.a.w lahir pada 12 rabiulawal manakala tarikh kerjayaan st.velentino dan konco-konconya menawan cordova daripada umat islam ialah pada 14 feb,sayangnya umat islam lebih mudah mengingati tarikh 14 feb berbanding 12 rabiulawal itu sendiri.
setiap tahun 14 feb di ingat sebagai hari kekasih yang dikalangan sesetengah umat islam amat rugi jika dilupakan.hari ini ia disambut lagi dengan pelbagai acara yang diianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa,ada yang saling bertukar-tukar bunga ros mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin,bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.ada pula yang berpendapat hari kekasih adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi seelain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat islam atau tidak,media-media arus perdana di malaysia mengucapkan hari valentine,mengajurkan pertandingan hari valentine malah ada juga media melayu tempatan yang menganggap hari valentine sebagai tajuk salah satu rencananya.dan ada juga media elektronik mewujudkan program hari velentine.
siapakah sebenarnya orang yang bernama velentine?sehingga diangkat bergitu agung sekali dan dikalangan umat islam popularitinya melebihi rasulullah s.a.w..
pensyarah perbandingan agama,akadei islam universiti malaya,khadijah mohd. hambali berkata, valentine atau nama sebernarnya st.valentine merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu isabella dari sepanyol.kedudukanya dikatakan di tempat ke dua selepas pope.kaitanya dengan hari valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat islam sendiri mempunyai dua versi.
versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting ratu isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan islam cordova,sepanyol.jasanya dianggap oleh ratu isabella sebagai amat bermakna sehingga valentino dianggap kekasih rakyatnaya sendiri,justeru itu 14 feb ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk meraikan kemenangan itu pada setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati st.velentino sebagai rakyat condova.
sehingga ke hari ini pristiwa kemenangan st.velentino itu terus diingati.

Sabtu, Februari 12

ALHAMDULILAH

Assalamualaikum alhamdulilah ucapan yang manis tanda syukur kepadanya kerana kita masih hidup di muka bumi ini walau dosa  mengunung tinggi...setiap nafas masih diizinkan lagi,setiap kata
masih bersuara,setiap kerdipan masih lagi boleh menlihat alam.
mukin kadangkala kita mengeluh mengapa dan kenapa ujian menimpa kita sedangkan kita tidak
sedar bahawa syukur itu telah hilang dalam hati kita.bergitulah hidup manusia yang sentiasa lalai
dalam perjalanan seharian.
hari ini kita mengecapi nikmatnya lagi tapi apakah kita bersyukur ataupun kita mengeluh tentang nasib diri. dalam tak sedar ada keluhan di hati tentang perjalanan hidup tapi jika diakhiri dengan ucapan alhandulilah insya-allah hati kita tenang..
setiap hari kita bernafas iringinlah dengan ucapan alhamdulilah agar perjalanan kita tenang
menghadapai dugaannya...
semoga kita semua dirahmatinya amennnnn....

tuhan rahmatilah kami.

Khamis, Februari 10

IMPIAN TIDAK SEMESTINYA MILIK KITA

Impian yang kita lakarkan dalam pemikiran kita,tak semestinya kita dapat miliki
kerana takdir sudah menetukan,tapi kita hanya mampu berusaha untuk mencapai
apa yang kita inginkan,jangan kecewa jika impian kita gagal kerana mungkin ada
hikmahnya.Dalam kehidupan yang penuh dengan    keinginan tanpa batasan membuatkan
kita mendesak untuk mengubah corak hidup,kadang-kadang pelbagai cara kita usahakan untuk mencapai impian tetapi tidak berhasil,jangan kalah pada kegagalan kerana kita telah menang dalam mencuba mengapai impian,yang kalah adalah manusia yang tidak pernah mencuba
mengapai impian menunggu gugurnya emas-emas dilangit yang hanya hayalan dalam
pemikiran.....     kita berjuang mengapai impian kerana semangat kita membara ingin sesuatu yang lebih sempurna.ketentuan takdir kita harus terima jangan menghukum diri membabi buta sehingga fikiran di kawal oleh syaitan...buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.semoga kita berjaya
mengapai impian ameennnn.

Selasa, Februari 1

hidup bersama cinta

kadang-kadang hidup ini
perlukan cinta
cinta kepada manusia
tapi cinta kepada tuhan
lebih dari segalanya
kadang-kadang cinta dengan manusia
banyak dugaan

Isnin, Januari 10

FACEBOOK AKAN DITUTUP MAC 2011??

PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."
"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.
Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"
Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.
Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.
"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

DIPETIK DARI KOSMO...10.01.2011

UTUSAN ONLINE