Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang sudi tq

MANGGA AD

SUDAH BACA SILA LIKE TQ

Rabu, November 24

Polis dilengkapi teknologi terkini atasi jenayah rentas sempadan


JITRA 24 Nov. - Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperlengkapkan dengan ilmu dan teknologi terkini bagi menangani jenayah merentasi sempadan yang semakin meningkat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, polis perlu mengetahui perkembangan terkini dan mengikut peredaran zaman kerana jenayah dan penjenayah masa kini semakin canggih.
Katanya, jenayah yang merentasi sempadan seperti keganasan, penyeludupan manusia, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, jenayah komersial dan perjudian menerusi internet berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
"Teknologi sekarang semakin canggih. Ia semakin meningkat bukan hanya di negara kira, bukan hanya di rantau ini tetapi di seluruh dunia. Kita tak boleh toleh belakang. Kita kena bekerjasama dengan agensi-agensi (penguatkuasaan) dari negara lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff. - Bernama

Tiada ulasan:

UTUSAN ONLINE