Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang sudi tq

MANGGA AD

SUDAH BACA SILA LIKE TQ

Ahad, November 28

kembara ke gua kelam

jalan susur masuk ke gua kelam
tempat kanak2 mandi-manda
  • pada 26 hb jam l/kurang 1500 hrs saya bersama rakan saya telah ke gua kelam untuk menikmati keindahan alam...pada jam l/kurang 1540 hrs kami sampai di detinasi yang dituju,setelah sampai disana kami telah ke gerai makanan untuk mengisi perut,,,,setelah selesai makan kami menuju ke gua kelam jarak l/kurang 100 meter darai gerai makanan.setelah sampai kami berasa kecewa kerana pintu jalan susur masuk gua kelam telah ditutup kerana kerja2 pembaikan akibat banjir melanda negeri perlis pada bulan 10.2010,tapi dengan kekecewaan itu terubat jua kerana kami dapat juga menikmati keindahan panorama di sekitar kawasan gua kelam.airnya yang jernih dari bukit menyegarkan permandangan dan keindahan yang jauh dari keisingan kota.terasa teruja menlihat air meluncur laju dari atas bukit,keinginan untuk mandi-manda melonjak-lonjak lantas kami tidak membuang dan terus mandi.airnya sejuk dan di kawasan kami mandi itu kelajuan air l/kurang 100 km/jam memang laju.tapi ada juga tempat2 yang sesuai untuk budak2 mandi
tempat kami mandi
  • ia juga sesuai untuk perkelhan..
  • gua kelam adalah detinasi perlacongan yang bagus juga..

Rabu, November 24

Polis dilengkapi teknologi terkini atasi jenayah rentas sempadan


JITRA 24 Nov. - Anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diperlengkapkan dengan ilmu dan teknologi terkini bagi menangani jenayah merentasi sempadan yang semakin meningkat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Beliau berkata, polis perlu mengetahui perkembangan terkini dan mengikut peredaran zaman kerana jenayah dan penjenayah masa kini semakin canggih.
Katanya, jenayah yang merentasi sempadan seperti keganasan, penyeludupan manusia, pemerdagangan manusia, penyeludupan dadah, jenayah komersial dan perjudian menerusi internet berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.
"Teknologi sekarang semakin canggih. Ia semakin meningkat bukan hanya di negara kira, bukan hanya di rantau ini tetapi di seluruh dunia. Kita tak boleh toleh belakang. Kita kena bekerjasama dengan agensi-agensi (penguatkuasaan) dari negara lain,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pemangku Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff. - Bernama

Selasa, November 16

pulanglah di hari raya....jika masa milikmu

selamat hari raya aidiladha maaf zahir dan batin terutama kepada ibu saya dan family saya dan juga kawan-kawan pembaca blog atau facebook...mohon maafkan jika ada tersalah atau terkasar bahasa.
yang buruk itu datang dari saya yang baik itu databg dari ALLAH.

kepada perantau yang dah lama tak balik kg kerana bz dengan kerja masing2 hayatilah video ini,,,moga ada manfaat untuk anda.



tqqqqqq, assalamualakum.

Jumaat, November 12

sekadar peringatan bila dah kahwin nanti

SEJENAK KE ALAM RUMAHTANGGA
Kata pujangga perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan ributnya menggusarkan.


Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun, teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini. bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

( i )

Psst.... Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi ? andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara rasional kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik berserta dengan beberapa affidavit dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ? cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.

Masih gagal juga ? Tunggu saja rajuknya reda emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas..... kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata, geramnya berilmiah marahnya ada prima facie ini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar " Sayang abang tak ulang lagi " katakan " Sayang....abang alpa " bisikkan " Darling.. I lupa.." hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati suci

Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa. ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

( ii )

Arghh... tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut minta aksesori serta perabut minta Villa yang tersergam indah atau mahligai di lereng bukit sedangkan kita bukan Shah Jehan yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata.... segermelapan intan " ... sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga.

Aduh... peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam atau menimbang setia menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik mengikut kadar tukaran wang asing.

Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ? semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula.

Namun putus asa jangan sekali terimalah dia, dengan redha. justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami wanita adalah tulang rusuk yang bengkok luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya padamu isteri,istanamu, di hati ini padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

( iii )

Puuuh... Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus betis, tidak lagi bunting padi pipi, bukan lagi pauh dilayang apakah dengan itu akan berkurang cinta kita ? jika berkurang, nyatalah cinta kita selama ini cinta di mata bertapak di body tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi. itulah cinta sejati.

Namun tidak salah di samping menyanjung budi, kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat tapi ingat niat kerana Tuhan bukan kerana ingin kuruskan badan tapi Tuhan Maha Penyayang Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan sama-samalah merampinkan badan yang terlebih dikurangkan jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh apa gunanya  membandingkan isteri dengan perawan.

Bukan masanya lagi merenung dara tapi kini saat menghitung dosa lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia di dunia ini dan di akhirat nanti itulah yang dikatakan hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

( iv )

Uhhh.... Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka dan taufan cemburu

Apa bukti setiamu suami ? Apakah tandanya hanya aku di hatimu ? kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri mungkin kita berdosa dengan Tuhan atau bersalah dengan insan mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan secara 'indirect' dari Tuhan hadapkanlah diri ke cermin hati kaji diri satu persatu kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah

Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu nasihatkanlah baik-baik bukan senang nak senang ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita. Dia yang mencuci kain baju kita Dia yang membantu membersihkan rumah kita... lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ? "

( v )

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api. Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan. Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini walaupun sudah berdekad-dekad usianya.

Institusi ini adalah kubu terakhir kita. Marilah kita pertahankan bersama si dia. si diaku, si diamu cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber, biar setia kita makin waja. Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri. Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu. Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur. Bersamalah kita harungi derita yang datang. Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang. Denai perkahwinan pasti dihujani air mata. Biar kita rasa: rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa. Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam. Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu..... seorang isteri

Ahad, November 7

cinta itu cahaya sanubari

cinta itu cahaya sanubari
lahir dari hati yang ikhlas
moga perjuangan cinta ini
tulus suci
dengan keredhaan illahi
kesetiaan adalah tali
pengikat keteguhan hati
dalam kehidupan penuh
dugaan terpulanglah kepada kita
untuk menilainya....
alhamdulilah syukur padanya
kerana masih memberi cinta
kepada kita.

UTUSAN ONLINE