Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

yang sudi tq

MANGGA AD

SUDAH BACA SILA LIKE TQ

Sabtu, Februari 26

RASUKAN HUTAN TUPAH

gambar contoh
Kisah ini berlaku pada pertengahan 2008 pada platon kami,bermulanya pergerakan pagi kami meredah hutan tupah dalam latihan perang....tiba di lokasi jam menunjukkan puukul 1800 hrs
kami mendirikan khemah berhampiran pokok besar yang aku sendiri rasa ada penuggu poko itu.
tapi aku wat2 tak tahu jelah.memang badan waktu tu penat sangat2 dah mcm komando lak huhu
gambar contoh
setelah siap pasang khemah kami memasak ala2 perang...lepas masak dan makan kami kena hilangkan apa yang berada di atas tanah seperti kesan2 memasak ini salah satu faktor untuk mengelakkan dikesan musuh.setelah selesai hilangkan kesan jejak kami standby dengan meniarap di sekitar khemah takut2 ada musuh datang menyerang waktu tu aku rasa huh mcm gerun ja sb jam dah menunjukkan pukul 1900 hrs binatang2 berbisa berkeliaran di pohon2 kecil aku risau gak masa tu sebab takut terkena gigitan tapi alhamdulilah selamat dari bahaya,jam 2000 hrs kami stand down dan pergerakan kawalan telah di bahagikan kepada 2 bahagia 1.sentri kawasan untuk mengawal pos kami,dan yang lain2 lagi berehat didalam khemah.keadaan didalam hutan memang gelap tiada lampu tiada apa hanya di tangan berbekalkan senjata m-16 dengan 4 kelompak.waktu itu aku bertugas sentri dan membuat rondaan dgn lampu suluh y kecil.semasa aku membuat rondaan salah seorang dari kawan aku telah terkena rasukan,mula-mula aku tak menyendari kawan aku kena rasuk aku halakan lampu aku ke muka dia nak tanya nak pergi mana tengok dia senyap ja mata dia dah berlainan memang gerun la,bila menyedari di telah dirasuk kami nak bawa dia keluar dari hutan itu tiba-tiba dia macam taknak keluar dari tempat perkemahan kami meronta-ronta dan kami seramai 5 orang pegang kuat2 badannya dan menlaungkan azam,kami berjaya mengeluarkannya dari situ untuk proses mengeluarkan mahkluk halus,masa sampai diluar rupa-rupanya dah ada seorang dah yang kena rasuk baru pulih aku pun tidak tahu masa bila ia kena rasuk,,tapi aku perasan dengan dia nie nama dia adam masa nak2 masuk waktu magrib aku dah persan tengok dia berlainan tapi aku wat tak tahu jelah.memang tempat kami berkemah ada 1 pokok besar memang besar.selepas mengubati rakan aku yang ke dua tiba-tiba kecoh di lokasi kami bekhemah seorang lagi terkena rasukan masa tu kami semua diarahkan keluar dari tempat itu dan yang lain semua keluar tanpa mengambil apa-apa barang.setelah yang ke tiga di ubati ada 2,3 orang kembali ke lokasi untuk ambil barang-barang tetapi  ada juga yang kena rasuk,last2 barang semua tinngal disitu,dan yang ke 4 selesai diubati,kami balik ke markas,sesampainya dimarkas rupa-rupanya makhluk halus itu ikut balik dan masih berada dalam 2 badan kawan saya,rakan-rakan kami sedaya upaya mengubati sebelum datangnya ustaz,setengah jam berlalu ustaz datang dan cuba mengeluarkan mahkluk itu tetapi mahluk itu memberi syarat,,, jika nak dia keluar dari tubuh itu dia minta hantar baju,ustaz itu tanya baju siapa dia kata baju aku,bermakna baju yang kena rasuk,ustaz itu tanya lagi baju itu ada di mana dia menjawab baju itu ada dalam tandas dalam baldi.kami pergi ambil baju itu dan hantarkan baju itu ke dalam hutan.barulah mahkluk itu keluar.kemungkinan ini terjadii disebabkan pertembungan antara dua mahkluk yang berbeza.aku dengar cerita yang member aku yang fist yang kena rasu ada bawa pendamping macam saka keturunan...sb itu terjadinya ganguan.yang ajaibnya ramai orang pergi berkhelah disitu tapi tiada apa-apa.itulah lipatan sejarah aku dalam hutan tupah... kenangan yang tak akan di lupakan....

Ahad, Februari 20

AKU DAN MENTARI

Aku dan mentari menlihat wajah alam
bergitu lembut mata menerjah
dalam persona jiwa aku merenung
indahnya ciptaan tuhan
alhamdulilah aku dapat hayati
erti keamanan di negaraku yang tercinta malaysia

aku kadang-kadang berlari mencari erti keindahan
di waktu pagi angin terlalu sejuk
kabus-kabus pagi berlegar di ruang angkasa
tiba mentari muncul menyinari alam

aku bersyukur pada mu tuhan
kerana barakah mu dapat ku hayati
aku merenung sinar pagi yang indah dan damai
aku rindu saat-saat seperti ini
kerana ia bisa melunturkan hatiku......

terima kasih tuhan
terima kasih mentari......

Selasa, Februari 15

TERMENUNG AKU SEKETIKA

Assalamualaikum.....
perjalanan yang kita aturkan berbeza dengan pencaturan tuhan.mungkin kita fikir apa yang baik tidak baik bagi kita dan apa yang buruk baik bagi kita...aku termenung seketika bila terjumpa 1 blog ummu@ibu yang betul2 menyentuh hati seorang anak,,,,berkisar tentang kehidupannya yang penuh tersirat ada luahan yang ingin disampaikan bisa membuatkan aku termenung.....oh dugaan mampukah aku menempuhnya jika sepertinya....

keadaan sifat2 manusia yang lalai,, aku akui memang susah untuk menjadi sempurna kerana hidup ini memang tidak sempurna.
aku pun tidak mampu menjadi yang terbaik walau sentiasa aku fikirkan tentang itu,kerana perubahan diri tidak sekuat iman,mukin alpa tentang dunia yang hanya pewatakan hidup dalam ujian tuhan,pola alam duniawi berbeza dengan akhirat yang di ajar oleh al-quran membuatkan kita tahu erti alam ghaib ada syurga,ada neraka dll.


berginilah kehidupan kadang2 kita rasa susah sgt hidup kita, tapi orang lain lebih susah...
syukur itu penting bagi kita agar perjalanan kita diredhai olehnya....

Isnin, Februari 14

SAY NO TO VALENTINES!!! DAY.


paderi st.valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan ratu isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat islam cordova,sepanyol pada zaman itu.
rasulullah s.a.w lahir pada 12 rabiulawal manakala tarikh kerjayaan st.velentino dan konco-konconya menawan cordova daripada umat islam ialah pada 14 feb,sayangnya umat islam lebih mudah mengingati tarikh 14 feb berbanding 12 rabiulawal itu sendiri.
setiap tahun 14 feb di ingat sebagai hari kekasih yang dikalangan sesetengah umat islam amat rugi jika dilupakan.hari ini ia disambut lagi dengan pelbagai acara yang diianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa,ada yang saling bertukar-tukar bunga ros mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin,bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.ada pula yang berpendapat hari kekasih adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi seelain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat islam atau tidak,media-media arus perdana di malaysia mengucapkan hari valentine,mengajurkan pertandingan hari valentine malah ada juga media melayu tempatan yang menganggap hari valentine sebagai tajuk salah satu rencananya.dan ada juga media elektronik mewujudkan program hari velentine.
siapakah sebenarnya orang yang bernama velentine?sehingga diangkat bergitu agung sekali dan dikalangan umat islam popularitinya melebihi rasulullah s.a.w..
pensyarah perbandingan agama,akadei islam universiti malaya,khadijah mohd. hambali berkata, valentine atau nama sebernarnya st.valentine merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan ratu isabella dari sepanyol.kedudukanya dikatakan di tempat ke dua selepas pope.kaitanya dengan hari valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat islam sendiri mempunyai dua versi.
versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting ratu isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan islam cordova,sepanyol.jasanya dianggap oleh ratu isabella sebagai amat bermakna sehingga valentino dianggap kekasih rakyatnaya sendiri,justeru itu 14 feb ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk meraikan kemenangan itu pada setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati st.velentino sebagai rakyat condova.
sehingga ke hari ini pristiwa kemenangan st.velentino itu terus diingati.

Sabtu, Februari 12

ALHAMDULILAH

Assalamualaikum alhamdulilah ucapan yang manis tanda syukur kepadanya kerana kita masih hidup di muka bumi ini walau dosa  mengunung tinggi...setiap nafas masih diizinkan lagi,setiap kata
masih bersuara,setiap kerdipan masih lagi boleh menlihat alam.
mukin kadangkala kita mengeluh mengapa dan kenapa ujian menimpa kita sedangkan kita tidak
sedar bahawa syukur itu telah hilang dalam hati kita.bergitulah hidup manusia yang sentiasa lalai
dalam perjalanan seharian.
hari ini kita mengecapi nikmatnya lagi tapi apakah kita bersyukur ataupun kita mengeluh tentang nasib diri. dalam tak sedar ada keluhan di hati tentang perjalanan hidup tapi jika diakhiri dengan ucapan alhandulilah insya-allah hati kita tenang..
setiap hari kita bernafas iringinlah dengan ucapan alhamdulilah agar perjalanan kita tenang
menghadapai dugaannya...
semoga kita semua dirahmatinya amennnnn....

tuhan rahmatilah kami.

Khamis, Februari 10

IMPIAN TIDAK SEMESTINYA MILIK KITA

Impian yang kita lakarkan dalam pemikiran kita,tak semestinya kita dapat miliki
kerana takdir sudah menetukan,tapi kita hanya mampu berusaha untuk mencapai
apa yang kita inginkan,jangan kecewa jika impian kita gagal kerana mungkin ada
hikmahnya.Dalam kehidupan yang penuh dengan    keinginan tanpa batasan membuatkan
kita mendesak untuk mengubah corak hidup,kadang-kadang pelbagai cara kita usahakan untuk mencapai impian tetapi tidak berhasil,jangan kalah pada kegagalan kerana kita telah menang dalam mencuba mengapai impian,yang kalah adalah manusia yang tidak pernah mencuba
mengapai impian menunggu gugurnya emas-emas dilangit yang hanya hayalan dalam
pemikiran.....     kita berjuang mengapai impian kerana semangat kita membara ingin sesuatu yang lebih sempurna.ketentuan takdir kita harus terima jangan menghukum diri membabi buta sehingga fikiran di kawal oleh syaitan...buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.semoga kita berjaya
mengapai impian ameennnn.

Selasa, Februari 1

hidup bersama cinta

kadang-kadang hidup ini
perlukan cinta
cinta kepada manusia
tapi cinta kepada tuhan
lebih dari segalanya
kadang-kadang cinta dengan manusia
banyak dugaan

UTUSAN ONLINE